fbpx

Lima tahun hidup tanpa bekalan air, elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHDAN menunjukkan bekalan air yang sudah disambung di rumahnya di Kampung Bukit Teriak, Pokok Sena, Alor Setar baru-baru ini.

Oleh NUR ANATI JUHARI

ALOR SETAR – Sebuah keluarga dari Kampung Bukit Teriak, Pokok Sena di sini dihimpit kemiskinan sehingga terpaksa menjalani kehidupan tanpa bekalan air dan elektrik sejak lima tahun lalu.

Warga emas, Shahdan Don, 61, tinggal bersama tiga anak lelaki masing-masing  yang berusia 15, 20 dan 23 tahun.

Menurut Shahdan, dia tidak bekerja kerana uzur dan hanya mengharapkan pendapatan dua anak lelaki yang bekerja sebagai buruh.

“Anak bongsu saya pula masih bersekolah dan duit yang kami ada pun cukup untuk makan sahaja,” katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.

Katanya, dia tidak mampu untuk menyambung semula bekalan air dan elektrik yang tertunggak selain membiayai kos pemasangan semula.

“Hidup tanpa kemudahan air dan elektrik sangat sukar, kasihan melihat keadaan anak-anak terutama anak bongsu yang terpaksa belajar di bawah cahaya lilin pada waktu malam.

“Kadangkala kami akan menumpang bekalan air dari rumah jiran sekiranya perlu,” ujarnya yang kematian isteri sejak lima tahun lalu.

Bagaimanapun, Shahdan bersyukur apabila kesusahannya itu mendapat perhatian wakil rakyat yang membantu menyambung semula bekalan air dan elektrik di rumahnya.

“Alhamdulillah, selepas ini saya dan anak-anak dapat hidup dengan lebih selesa dan terurus,” katanya lagi. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI