fbpx

Gambardella dilantik CEO ABM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBARDELLA dilantik mengemudi ABM dengan kontrak selama dua tahun.

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengumumkan pelantikan Robert Gambardella sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria membuat pengumuman tersebut selepas mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan BAM hampir sejam pagi tadi.

Individu dari Amerika Syarikat (AS) itu dilantik dengan kontrak selama dua tahun selepas pencapaian serta pengalamannya berjaya memikat hati pengurusan BAM.

“Robert merupakan calon yang paling layak selepas kami menilai tiga hingga empat calon lain. Kami percaya dia mampu mengemudi ABM dengan cemerlang,” kata Norza selepas mesyuarat berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI