fbpx

Aidiladha ditetapkan 31 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Korban pada Jumaat 31 Julai 2020 ini, demikian diumumkan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd. Aseral Jusman malam ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh 1 Zulhijjah 1441 Hijrah adalah pada 22 Julai 2020 ini.

“Oleh yang demikian Hari Raya Korban 10 Zulhijjah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Jumaat, 31 Julai 2020,” katanya.

Pengumuman tarikh Hari Raya Korban itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI