fbpx

Terpedaya dua kali skim pelaburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh MOHD. SHAHRULANOOR ISHAK

KUANTAN – Seorang lelaki di sini kerugian RM24,180 selepas menyedari ditipu dua kali oleh dua individu berbeza yang menawarkan skim pelaburan tidak wujud ketika kejadian semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, lelaki berusia 28 tahun tersebut mengenali seorang wanita bernama Hema Lashini melalui laman Facebook.

Ujar beliau, pengurus projek itu terpengaruh untuk melaburkan wang simpanan miliknya selepas terbaca iklan pelaburan yang disebarkan di laman sosial Facebook.

Selepas perkenalan itu, mangsa dihubungi wanita tersebut melalui aplikasi WhatsApp dan bersetuju melaburkan sejumlah wang bagi mendapatkan keuntungan dalam tempoh hanya beberapa hari.

“Pengadu perlu membeli syer bernilai RM130 seunit dan akan dilaburkan di luar negara, namun sehingga hari ini wang keuntungan masih tidak diperoleh,” kata Mohd. Wazir.

Tambah beliau, meskipun masih belum menerima pulangan keuntungan, mangsa berkenalan pula dengan seorang lelaki bernama Aswin pada Mei lalu yang turut menawarkan peluang pelaburan sama.

Menerusi kenyataan kepada pemberita semalam, Mohd. Wazir memberitahu, mangsa kerugian total RM24,180 melalui kedua-dua pelaburan tersebut.

Dalam pada itu, seorang ejen pengangkutan berusia 27 tahun kerugian RM3,618 selepas lelaki tersebut turut terpedaya menyertai pelaburan yang diiklankan di laman Facebook sekitar Jun lalu.

“Kedua-dua mangsa masih belum menerima sebarang pulangan keuntungan daripada pelaburan mereka dan membuat laporan polis untuk disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI