fbpx

Terengganu sedia program khusus bantu bekas atlet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Sukairi (kiri) menyerahkan replika cek insentif RM150,000 kepada Amir Amir (tiga dari kiri) pada majlis meraikan kejuaraan Piala Agong dan Tujuh Sebelah Kebangsaan di Hotel Primula, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu yang cakna dengan kebajikan atlet sedang merangka program khas untuk membantu kelangsungan hidup golongan itu selepas bersara.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, program khusus itu bertujuan untuk membantu bekas atlet mendapat pekerjaan baru selain terlibat dalam bidang kejurulatihan.

“Rata-rata atlet dalam disiplin sukan apa pun hanya akan nampak bidang kejurulatihan sebagai kerjaya baru selepas bersara sedangkan posisi itu sebenarnya agak terhad.

“Sehubungan itu, kita akan sediakan program untuk golongan itu untuk membantu mereka merancang pelan kehidupan selepas persaraan,” katanya selepas hadir majlis meraikan kejayaan pasukan Ragbi Terengganu menjuarai Piala Agong dan kejohanan Tujuh Sebelah Kebangsaan di Kuala Terengganu malam tadi.

Pada majlis itu, Wan Sukairi menyerahkan wang insentif berjumlah RM150,000 kepada Yang Dipertua Persatuan Ragbi Terengganu, Amir Amri Muhammad atas pencapaian cemerlang tersebut.

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk merangka program membantu bekas atlet berkenaan baru-baru ini.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI