fbpx

Sultan Selangor murka, perbuatan biadap conteng mural pemimpin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota MBSA mengecat semula dinding kawasan mural potret gergasi pemimpin yang telah diconteng pihak tidak bertanggungjawab.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa murka berhubung kejadian vandalisme terhadap mural pemimpin-pemimpin negara yang berlaku di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam, Selangor.

Istana Alam Shah dalam kenyataan berkata, Sultan Sharafuddin menyifatkan contengan kata-kata kesat itu adalah perbuatan yang sangat biadap.

“Beta sangat kesal dan kecewa kerana kejadian ke atas sebuah hasil karya seni ini berlaku di negeri Selangor. Apatah lagi, Baginda amat menghargai karya seni pelukis tempatan seumpamanya.

“Beta berpandangan kejadian ini bukan dilakukan oleh orang kurang siuman atau budak-budak nakal, tetapi lebih kepada bermotifkan politik kebencian,” titah baginda.

Sehubungan itu, Sultan Sharafuddin berharap pelaku dapat ditangkap segera dan dihadapkan ke muka pengadilan.

Kosmo! Online terdahulu melaporkan lukisan mural empat potret gergasi diconteng pihak tidak bertanggungjawab yang disedari pukul 8 pagi.

Keempat potret itu adalah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI