fbpx

Sembilan lagi plaza tol di utara boleh guna RFID Rabu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sembilan plaza tol di utara boleh menggunakan sistem pembayaran tol RFID 15 Januari lalu.

GEORGE TOWN – Sebanyak sembilan lagi plaza tol Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) di kawasan utara bakal menawarkan perjalanan lebih lancar kepada pengguna kenderaan penumpang persendirian apabila laluan khas sistem Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) akan digunakan bermula Rabu ini.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, laluan khas RFID di plaza tol masuk dan keluar itu melibatkan plaza tol di antara Hutan Kampung di Kedah dan Sungai Dua di Pulau Pinang.

“Sistem tol ini lebih mudah, cepat dan selamat serta ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk melaksanakan sistem tol aliran bebas pelbagai lorong (MLFF) yang mana siatem RFID adalah langkah awal ke arah matlamat tersebut.

“Teknologi RFID membolehkan transaksi tol dilakukan secara lebih pantas dan seterusnya mengurangkan kesesakan di plaza tol. Ini adalah matlamat utama PLUS,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Plaza tol terbabit ialah Sungai Dua, Kepala Batas dan Bertam di Pulau Pinang serta Sungai Petani Selatan, Sungai Petani Utara, Gurun, Pendang, Alor Setar Utara, Alor Setar Selatan dan Hutan Kampung di Kedah.

Pada 1 Januari lalu, RFID telah diperkenalkan di 10 buah plaza tol sistem terbuka iaitu Jitra, Lunas, Kubang Semang, Jambatan Pulau Pinang, Mambau, Lukut, Kempas, Perling, Lima Kedai dan Tanjung Kupang – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN