fbpx

Rayuan BSH 2020 dibuka 7 Ogos depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Bayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuat pada 24 Julai ini membabitkan lima juta penerima dengan membabitkan peruntukan sebanyak RM3 bilion.

Kementerian Kewangan berkata, peruntukan itu akan memanfaatkan hampir 4.28 juta penerima BSH merangkumi 3.75 juta isi rumah dan 0.53 juta individu bujang berumur 40 hingga 59 tahun.

“Bagi permohonan baharu BSH yang layak tetapi belum menerima bayaran Fasa 1 dan 2, bayaran berkenaan akan dibuat secara sekali gus dalam pembayaran Fasa 3 mengikut nilai kelayakan kategori BSH 2020,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Kementerian Kewangan berkata, tempoh permohonan rayuan BSH 2020 akan dibuka mulai 7 Ogos hingga 6 September depan bagi memastikan program itu disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak.

Katanya, dengan adanya proses rayuan itu, sebahagian daripada permohonan yang ditolak masih diberi ruang untuk mengemukakan rayuan beserta dokumen berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Permohonan Rayuan BSH 2020 boleh dibuat secara dalam talian di portal BSH di alamat https://bsh.hasil.gov.my.

Pemohon boleh hadir di mana-mana cawangan LHDN atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI