Hampir setiap bulan Diva akan dapat cerita tentang pelakon, Sharifah Sakinah. Kalau bukan daripada teman-teman, mesti daripada cerita gosip dalam media sosial. Dia macam tidak serik dan sangat kalis kritikan netizen. Makin dikecam, makin bertambah pula koleksi gambar seksinya. Sudah macam-macam jenis komen yang Diva baca, ada yang mempersoalkan akidah, akhlak dan juga bimbingan suami Sakinah. Jadi medan fitnah sangat!
Kemudian, dalam sebuah program televisyen sensasi Sakinah memberitahu, dia memang sengaja muat naik gambar-gambar sebegitu. Katanya, seronok melihat komen netizen dan menganggap media sosial hanya tempat bergurau dengan peminat.
Alahai Sakinah, bergurau pun perlu bertempat. Punyalah orang sibuk buat mavam-macam andaian, baru Sabtu lalu Sakinah mengesahkan sudah berstatus janda. Patutlah!
Diva: Sekarang musim artis kembali ke lokasi, tak kurang ramai ke masuk mahkamah, panas-panas!