fbpx

Rakam gambar tidak senonoh, lelaki rugi RM13,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan

BALIK PULAU – Gara-gara merakam gambar tidak senonoh untuk tatapan seorang wanita menerusi aplikasi sembang Line, seorang lelaki berdepan kerugian RM13,000 selepas suspek mengugut menyebar gambar lucah itu kelmarin.

Mangsa seorang jurutera kilang berusia 25 tahun itu kemudiannya bertindak membuat laporan polis sejurus memindahkan wang menerusi perbankan dalam talian kepada suspek pada pukul 3 petang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, mangsa diperas ugut wanita yang tidak dikenalinya itu untuk menyebarkan videonya melakukan onani bersama suspek sekiranya gagal memberikan wang.

“Kejadian berlaku sebaik mangsa selesai merakamkan video bogelnya itu menerusi aplikasi sembang Line lalu menerima satu pesanan WhatsApp daripada nombor yang tidak dikenali,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI