fbpx

Migran beli, miliki MyKad palsu dikenakan Sosma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian kad pengenalan palsu yang dirampas dalam operasi yang dijalankan Jabatan Pendaftaran Negara setakat 17 Julai lalu.

PUTRAJAYA – Migran yang didapati membeli dan memiliki mengeluarkan kad pengenalan palsu akan dikenakan tindakan di bawah Sosma, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Migran juga selalunya diambil tindakan mengikut Akta Imigresen tetapi saya sebagai menteri ingin melihat Akta Imigresen dimasukkan bawah jadual Sosma supaya migran yang ditangkap membeli kad pengenalan palsu akan dikenakan tindakan mengikut Sosma.

“Ini akan dipertingkatkan bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi juga kepada migran yang bekerjasama dengan mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas lawatan kerja ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini hari ini.

Katanya, seramai 35 migran yang memiliki MyKad palsu telah ditahan sehingga 17 Julai lepas dalam 37 operasi yang dijalankan oleh JPN di seluruh negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI