fbpx

Mayat lelaki lemas ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menemui mayat Yong Lee kira-kira satu kilometer dari lokasi terakhir dia dilaporkan lemas di Jambatan Parit Warijo, Sri Medan, Yong Peng, Batu Pahat, pagi hari ini. Kredit foto Bomba

BATU PAHAT – Mayat seorang lelaki yang dipercayai terjun ke dalam sungai berhampiran Jambatan Parit Warijo, Sri Medan, Yong Peng di sini yang dilaporkan hilang dua hari lepas ditemui pagi hari ini.

Mangsa, Lim Yong Lee, 38, ditemui kira-kira pukul 8.10 pagi oleh pasukan penyelamat dari Pasukan Keluaran Operasi (PKO) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng.

Komander Operasi, Othman Mohd. Baher berkata, mangsa ditemui kira-kira satu kilometer (KM) dari lokasi terakhir mangsa di lihat oleh saksi kejadian.

“Pihak kita sudah melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak 18 Julai iaitu Sabtu lalu selepas menerima panggilan pada pukul 9.15 malam.

“Berdasarkan keterangan daripada saksi kejadian, mangsa dipercayai terjun ke ke dalam sungai itu dari atas Jambatan Parit Warijo,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan, lelaki itu bertindak demikian selepas mengalami tekanan susulan masalah kewangan yang dihadapinya.

Othman berkata, mayat Yong Lee kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI