fbpx

Lelaki tergelincir ke dalam sungai ditemui mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki ditemui mati di dalam Sungai Kilang Ubi di Jalan Bukit Minyak, Bukit Tengah, Bukit Mertajam di sini semalam.

Mayat mangsa, Perng Ah Lam, 53, ditemui orang awam kira-kira pukul 6 petang dalam keadaan terapung.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisoner Shafee Abd. Samad berkata, mangsa dikatakan pergi bersiar-siar di kawasan itu sebelum dia dipercayai tergelincir ke dalam sungai.

“Mangsa menetap di sebuah rumah perlindungan orang tua dan menghidap penyakit strok serta jantung. Dia juga tidak pernah berkahwin.

“Mangsa dikatakan gemar bersiar-siar di kawasan itu yang terletak berdekatan rumah perlindungan tersebut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Shafee, hasil bedah siasat di Hospital Bukit Mertajam di sini mendapati, lelaki itu meninggal dunia akibat lemas dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI