fbpx

Lelaki sakit mental maut dipukul selepas kencing merata-rata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membuat pemeriksaan di lokasi kejadian berhubung kes seorang lelaki pesakit mental maut dipukul pesakit mental lain di sebuah pusat jagaan di Tambun hari ini.

IPOH – Berang dengan sikap suka membuang air kencing, seorang lelaki pesakit mental bertindak di luar jangkaan apabila memukul dan menumbuk sehingga mati seorang lagi pesakit mental dalam kejadian di sebuah pusat jagaan swasta di Tambun di sini hari ini.

Difahamkan mangsa yang berusia 57 tahun itu dipukul dan ditumbuk beberapa kali sebelum dia tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, mangsa ditemui seorang pesakit lain dalam keadaan berlumuran darah pada pukul 8 pagi.

“Penjaga pusat jagaan berkenaan seterusnya membawa mangsa ke hospital sebelum dia disahkan meninggal dunia.

“Pemeriksaan awal di bahagian badan mangsa mendapati terdapat kesan lebam di bahagian muka, mata, bawah mata dan leher mangsa akibat kesan pukulan oleh suspek yang berusia 53 tahun,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Tambah A. Asmadi, siasatan lanjut di lokasi turut menemui kesan darah di dinding bilik.

“Suspek dikatakan telah lama marah terhadap perbuatan mangsa yang suka membuang air di merata-rata tempat.

“Mangsa pula mempunyai masalah penglihatan dan tidak mampu bergerak,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sementara menunggu laporan psikiatri suspek dan hasil bedah siasat terhadap mangsa.

Seramai 50 penghuni termasuk tiga wanita ditempatkan di pusat jagaan berkenaan yang dikhususkan kepada pesakit mental. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI