Bayangkan tempat tinggal anda ialah sebuah resort percutian. Dilengkapi sebuah rumah kelab persendirian yang eksklusif, dengan kemudahan kolam renang dan amfiteater. Sebuah taman rekreasi dengan kehadiran tasik di dalamnya terletak berdekatan serta menjadi lokasi kegemaran anda dan orang tersayang beriadah atau sekadar berehat bersama pada sebelah petang.
Paling istimewa dan pastinya sukar didapati di resort yang bertaraf biasa-biasa ialah sebuah padang golf berkelas dunia yang terletak betul-betul bersebelahan taman perumahan anda.
Impian untuk memiliki sebuah kediaman ibarat penginapan di resort ini mampu menjadi kenyataan menerusi Residensi SIGC, Seremban, hasil daripada visi dan pandangan jauh pemaju terkemuka, Matrix Concepts Sdn. Bhd.
Projek perumahan seluas 41 ekar (16.59 hektar) itu dibangunkan dengan mengutamakan keselesaan dan kemudahan pemilik dengan berkonsepkan kehidupan seakan-akan tinggal di sebuah resort mewah.
Buat peminat sukan golf, daya tarik utama Residensi SIGC pastinya Kelab Golf Antarabangsa Seremban (SIGC) yang terletak bersebelahan perumahan berkenaan.
Buat mereka yang kurang berminat dengan sukan tersebut, pemandangan indah lapangan golf 18 lubang yang dapat dilihat dari kawasan perumahan anda pastinya memberi satu nilai estetika tersendiri.
Residensi SIGC juga tidak mengabaikan penyediaan kemudahan serta fasiliti lengkap untuk kegunaan penduduk. Bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif, terdapat rumah kelab dengan kolam renang, gimnasium, gelanggang futsal dan bola keranjang, serta trek joging.
Aktiviti santai sambil mengeratkan hubungan dengan orang tersayang juga mudah dilakukan dengan penyediaan ruang barbeku, amfiteater, taman permainan kanak-kanak, taman rekreasi dengan tasik, gazebo, padang dan surau.
Residensi SIGC kini menawarkan kediaman terbaharu; Irama. Rumah jenis superlink dua tingkat dengan luas binaan 2,988 kaki persegi (277.59 meter persegi) itu mempunyai 4+1 bilik tidur serta empat bilik air. Ia menyediakan ruang yang cukup luas dan selesa untuk didiami seisi keluarga berbilang generasi.
Dengan reka bentuk yang menyediakan kadar kepadatan rendah, soal keselamatan sangat dititik beratkan di Residensi SIGC. Penyediaan sekuriti 24 jam dengan pondok pengawal di pintu masuk, akses kad, sistem interkom dan kamera litar tertutup yang ditempatkan di sepanjang perimeter Residensi SIGC memberikan kawalan keselamatan sempurna untuk ketenangan minda pemilik.
Pembangunan kediaman yang betapa baik sekalipun tidak akan sempurna sekiranya tidak dilengkapi lokasi yang strategik. Dalam soal ini, Residensi SIGC terletak kurang satu kilometer daripada Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) serta jalan utama menuju ke Bandaraya Seremban dan Senawang.
Ia juga dikelilingi pelbagai kemudahan termasuk hab komersial, pusat beli belah dan pusat rekreasi.
Melengkapkan potensinya sebagai sebuah kediaman ala resort ialah kedudukannya yang berdekatan dengan pelbagai tempat tumpuan pelancong dan penduduk tempatan, termasuk Galeri Diraja Tuanku Jaafar, Jelita Ostrich Farm, Muzium Negeri Sembilan dan resort The Shorea serta De Serinity.
Lokasi menarik buat penggemar makanan berdekatan SIGC Residensi pula ialah Ijan Station Corner, Nasi Arab Damsyik, Popia Kuala Kangsar, Man Tomyam, Leha World Nasi Campur dan Cendol Haji Shariff.
Meskipun pembangunan Residensi SIGC berteraskan kepada kehidupan di kediaman ala resort, ia pada masa sama menggunakan reka bentuk moden serta teknologi terkini bagi memastikan kelestarian alam semula jadi di kawasan persekitarannya, dalam mencari keseimbangan sempurna antara ruang dan keselesaan pemilik.
Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut berhubung penawaran Irama Residensi SIGC Seremban boleh melayari laman www.residensisigc.com.my atau mendaftar di sini.