fbpx

JKDM Zon Tengah rampas dadah bernilai RM244,995

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah yang dirampas dalam satu serbuan di sebuah rumah pekerja di Dataran Ocean, Lebuh Gopeng, Klang, Khamis lalu.

PETALING JAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah berjaya mematahkan satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu, ketamin dan pil ekstasi dianggar bernilai RM244,995 dalam satu serbuan, Khamis lalu.

Serbuan ke atas premis yang terletak di Dataran Ocean, Lebuh Gopeng, Klang, dekat sini dilakukan sepasukan anggota dan pegawai daripada Cawangan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan Unit 1, JKDM Zon Tengah kira-kira pukul 6.30 petang.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Johari Alifiah berkata, sindiket tersebut didalangi warga Indonesia yang terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil serbuan di premis berkenaan pihaknya telah menemui dadah jenis syabu seberat 3.5 kilogram (kg), ketamin 0.5 kg dan pil ekstasi sebanyak 735 biji.

“Modus operandi sindiket ini dipercayai berselindung di sebalik rumah pekerja asing yang didiami oleh penghuni berlainan jantina bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Kita percaya kesemua dadah ini adalah untuk edaran pasaran tempatan,”katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI