fbpx

Ballon d’Or batal angkara Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI adalah pemain yang menerima gelaran Ballon d'Or terbanyak setakat ini. - AFP

PARIS – Persatuan Bola Sepak Perancis mengumumkan Anugerah Ballon d’Or 2020 terpaksa dibatalkan gara-gara pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Keputusan itu bermaksud bintang Barcelona, Lionel Messi akan mengekalkan gelaran Ballon d’Or yang dimenangi tahun lepas bagi tempoh 12 bulan lagi.

Messi dan pemain Juventus, Cristiano Ronaldo pada awalnya dijangka bakal bersaing merebut gelaran tersebut tahun ini bersama-sama penggempur Bayern Munich, Robert Lewandowski serta pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne.

Sebagai rekod, pemain antarabangsa Argentina itu merupakan pemenang terbanyak apabila merangkul gelaran Ballon d’Or sebanyak enam kali, diekori rapat Ronaldo dengan lima kali.

Selain Messi, pemain wanita Amerika Syarikat (AS), Megan Rapinoe turut mengekalkan gelaran Ballon d’Or bagi kategori wanita untuk tempoh setahun lagi. – AGENSI

 

RONALDO menerima tentangan sengit musim ini untuk mencari gelaran keenam bagi menyaingi Messi sekiranya Anugerah Ballon d’Or diadakan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI