fbpx

Bailly tidak alami kecederaan serius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAILLY (tengah) disahkan tidak mengalami kecederaan serius biarpun terlibat dalam pelanggaran keras bersama rakan sepasukannya, Maguire pada aksi menentang Chelsea awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Pemain pertahanan Manchester United, Eric Bailly dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius dan sudah dibenarkan pulang ke Manchester.

Pemain berusia 26 tahun itu mengalami gegaran otak selepas bertembung dengan rakan sepasukan, Harry Maguire ketika tewas 1-3 kepada Chelsea pada separuh akhir Piala FA di Wembley awal pagi tadi.

Selepas insiden berkenaan, Bailly diusung keluar padang sebelum dikejarkan ke hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjut, namun kecederaannya tidak serius.

BAILLY (tengah ) menerima rawatan di atas padang ekoran kecederaan kepala selepas berlanggar dengan Maguire. – AFP

 

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui ketiadaan Bailly sepanjang perlawanan memberi kelebihan kepada The Blues bagi menembusi benteng pertahanan pasukannya.

“Ketiadaannya beri impak yang cukup besar pada perlawanan hari ini. Eric (Bailly) bermain sangat baik, namun selepas dia dikeluarkan kami bolos gol pertama.

“Perlawanan tertangguh agak lama dan ia menyebabkan kami sedikit leka sehingga melepaskan gol sebelum waktu rehat. Saya akui ia sangat mengecewakan,” kata Solskjaer. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI