fbpx

Arteta yakin Arsenal pilihan Aubameyang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AUBAMEYANG (tengah) dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa pasukan, namun Arsenal percaya mereka mampu terus mengikat pemain itu. - AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta optimis penyerang sensasi, Pierre-Emerick Aubameyang akan menandatangani kontrak baharu selepas muncul wira pasukan ketika menang 2-0 ke atas Manchester City dalam aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, kapten The Gunners telah meledak dua gol penting sekali gus mengekalkan rekod cemerlang pasukan yang sebelum ini telah menewaskan juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool pada saingan liga pada Khamis lepas.

Kata Arteta, perbincangan mengenai lanjutan kontrak de­ngan Aubameyang masih lagi sedang diusahakan tetapi pihak pengurusan perlu buktikan dulu mereka serius untuk bersaing secara kompetitif untuk semua kejohanan musim depan.

“Saya harap dengan dua kemenangan penting yang kita raih minggu ini membuktikan bahawa pasukan serius untuk bersaing dan berada di landasan yang tepat. Bukan mudah untuk menewaskan dua pasukan terbaik Eropah (Manchester City dan Liverpool) berturut-turut.

“Justeru, saya harap Aubame­yang bersedia untuk berbincang dengan lebih lanjut dan yakin dia cukup berminat untuk kekal di sini untuk tempoh yang panjang,” kata Arteta.

Mengulas lanjut, Arteta me­ngakui dia masih lagi ‘terhutang budi’ dengan pengendali City, Pep Guardiola yang dianggap sebagai mentor meskipun berjaya merekodkan kemenangan pertama ke atasnya.

“Saya akan sentiasa menghormati Guardiola. Bagi aksi ini, saya anggap semua pemain kami adalah wira dan mereka sangat bekerja keras sepanjang 90 minit perlawanan. Tahniah kerana kami mara ke final Piala FA,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI