GERIK – Seorang anggota tentera berpangkat Sarjan cedera parah selepas diserang gajah liar dalam kejadian di kawasan Hutan Royal Belum di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pada pukul 2 petang itu, anggota tersebut sebelum itu sedang melakukan rondaan sebelum diserang gajah berkenaan menyebabkan tangan kirinya hancur.
Difahamkan anggota berkenaan melakukan rondaan di kawasan habitat gajah liar berkenaan yang mempunyai jarak kira-kira 40 kilometer dari Pangkalan Operasi Hadapan (FOB) November.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. – K! ONLINE