fbpx

Aiman Afif tercabar kehadiran Wan Kuzri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIMAN Afif (tengah) enggan mengalah dan menyifatkan kehadiran Wan Kuzri mampu mencabar semangatnya untuk membuktikan kemampuan sebenar.

PEMAIN muda Kedah, Mohd. Aiman Afif Md. Afizul tercabar dengan kehadiran pemain kelahiran Amerika Syarikat, Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal dalam kem latihan pusat fasa pertama skuad bawah 19 tahun (B-19) kebangsaan.

Bagaimanapun, pemain berusia 19 tahun itu tidak akan mengalah dan sedia bersaing dengan Kuzri, 18, merebut tempat di bahagian tengah skuad B-19 untuk Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-19 di Tashkent, Uzbekistan dari 14 hingga 31 Oktober depan.

“Kuzri seorang pemain yang lincah dan teknik permainannya sangat bagus. Ia secara tidak langsung pemain-pemain lain pun boleh belajar bersama.

“Kehadiran Kuzri sebenarnya memberikan persaingan yang sihat di bahagian tengah. Memang rasa tercabar tetapi saya akan melakukan yang terbaik.

“Bukan saya seorang tetapi semua pemain akan membuktikan yang terbaik sepanjang sesi latihan supaya dapat terus kekal bersama skuad,” katanya sewaktu sesi latihan skuad B-19 di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia, Kelana Jaya petang tadi.

Aiman Afif sebelum ini pernah menjadi perhatian netizen apabila gambarnya bersama skuad utama Kedah dikatakan seiras pelakon drama popular tanah air, Mohammed Zaedy Ashraf Rosmadi atau lebih dikenali sebagai Aedy Ashraf.

Dalam masa sama, pemain dari skuad Piala Presiden Kedah itu mengakui banyak mempelajari perkara baharu sepanjang 15 hari menjalani latihan bersama skuad B-19 kebangsaan.

Justeru, Aiman Afif bertekad untuk memikat barisan kejurulatihan agar namanya tersenarai dalam senarai akhir agar dapat membantu skuad B-19 meraih keputusan cemerlang di Tashkent nanti. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI