fbpx

700 murid Orang Asli tidak hadir ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan tepi asrama SK Hendrop, Gua Musang, Kelantan terdedah bahaya akibat hakisan serius selepas banjir lumpur.

Oleh AIMUNI TUAN LAH
GUA MUSANG – Seramai 700 murid Orang Asli di tiga buah sekolah rendah di daerah ini tidak dapat hadir ke sekolah bermula semalam akibat jalan rosak teruk.

Pegawai Pendidikan Daerah, Azuri Hamzah berkata, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Hendrop, SK Tohoi dan SK Bihai tidak dapat hadir ekoran perjalanan mereka terhalang selepas jalan balak rosak dan jambatan runtuh.

Katanya, sebilangan besar guru di tiga sekolah terbabit juga terkandas sehingga mereka terpaksa tinggal di rumah transit guru di Kampung Kuala Betis.

“Ketika ini, terdapat 68 murid Orang Asli yang boleh belajar di tiga sekolah terbabit selepas mereka tinggal di asrama sejak sekolah dibuka 15 Julai lalu.

“Selain itu, seramai 21 murid tinggal di SK Hendrop, SK Tohoi (23) dan SK Bihai (24) berulang-alik ke sekolah setiap hari,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Azuri berkata, murid Orang Asli yang tinggal di asrama SK Hendrop juga terpaksa dipindahkan ke tempat selamat selepas kejadian banjir lumpur kelmarin.

Katanya, kawasan tepi dan asrama sekolah yang terletak di tebing sungai amat berisiko sehingga boleh menyebabkan kejadian hakisan tanah.

“Kita akan memantau keadaan itu dan akan mengawasi keselamatan murid agar tidak berlaku kejadian tidak diingini.

“Kita berharap murid yang terkandas di kampung masing-masing boleh datang ke sekolah apabila jalan dan jambatan rosak dibaiki semula dalam masa terdekat ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI