fbpx

Skuad Moja perlu cepat daripada bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYED Hussien (dua dari kanan) melawat tapak rumah Johari (dua dari kiri) yang musnah teruk akibat kebakaran minggu lalu

GOMBAK- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan terus mempergiatkan usaha mempromosi aplikasi Mobil Jejak Asnaf (Moja) bagi membantu golongan terjejas di wilayah itu.

Bagaimanapun, Pengerusinya, Datuk Seri Syed Hussien Al-Habshee berkata, meskipun dilancarkan bulan lalu, aplikasi itu dilihat masih belum diketahui rakyat secara menyeluruh.

“Saya berhajat dengan aplikasi ini, sebelum pihak bomba sampai, skuad Moja boleh tiba dahulu bagi memberikan bantuan kepada mereka yang terjejas.

“Namun, maklumat berkaitan kewujudan aplikasi Moja belum diterima sepenuhnya penduduk sekitar dan saya akan ajukan kepada Pengarah Jawi selain pengerusi masjid berkaitan hal ini,” katanya kepada Kosmo! di sini tadi.

Terdahulu, Syed Hussien menyampaikan bantuan kecemasan berjumlah RM2,000 berserta kit musibah seperti barangan keperluan diri kepada keluarga Johari Latif yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran minggu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI