fbpx

Pemandu e-hailing ditahan dera anak kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KAJANG – Episod duka seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang menjadi mangsa dera bapa kandungnya sejak empat tahun lalu berakhir apabila suspek ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, lelaki yang bekerja sebagai pemandu e-hailing ditahan di sebuah lokasi sekitar daerah ini.

Beliau berkata, penahanan lelaki tersebut dilakukan selepas pihaknya menerima satu laporan yang dibuat pelajar Tingkatan 4 itu, semalam.

“Siasatan mendapati, mangsa telah dicederakan bapanya dengan menggunakan rotan dan colok yang masih menyala pada bahagian kaki termasuk tapak kaki.

“Kejadian tersebut berlaku pada 4 Julai lalu kerana mangsa didakwa keluar dari rumah mereka tanpa pengetahuan bapanya dua hari sebelumnya (2 Julai),” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Susulan itu katanya, nenek mangsa yang tinggal bersama mereka, telah membawa mangsa untuk menerima rawatan.

Tambah Mohd. Zaid, mangsa memberitahu suspek mula menderanya sejak berusia 13 tahun menggunakan rotan kerana mendakwa mangsa sering keluar untuk mencari ibunya yang telah bercerai dengan suspek sejak tahun 2009.

“Akibat kejadian itu, remaja perempuan tersebut mengalami kecederaan pada bahagian kiri kanan dan kiri serta kedua-dua belah tapak kaki.

“Suspek kini direman selama tiga hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001,”katanya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI