fbpx

MHC yakin hoki dalam dewan tetap dianjurkan di Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ACARA hoki dalam dewan merupakan 'lubuk' emas buat kontinjen negara pada temasya Sukan SEA.

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Profesor Datuk Dr. S. Shamala yakin acara hoki dalam dewan akan tetap dianjurkan pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam dari 21 November hingga 2 Disember.

Menurut Shamala, pihak MHC telah pun menghantar permohonan rayuan kepada Majlis Olimpik Malaysia untuk memastikan Vietnam tetap mempertandingkan acara yang merupakan “lubuk” emas kepada kontinjen negara.

“Saya rasa peluang acara hoki dalam dewan sangat tinggi kerana Persekutuan Hoki Asia juga akan berjuang memastikan ia disenaraikan pada Sukan SEA 2021.

“Bukan itu sahaja, saya percaya Thailand dan Singapura juga akan mengemukakan rayuan untuk acara ini diadakan di Vietnam nanti.

“Sukan ini sangat penting di Sukan SEA kerana ia adalah landasan terbaik untuk persediaan pasukan-pasukan bukan sahaja buat Malaysia tetapi kepada semua negara yang lain,” katanya.

Sukan hoki dalam dewan telah dipertandingkan dalam dua edisi Sukan SEA berturut-turut bermula di Kuala Lumpur pada 2017 dan di Manila, Filipina tahun lepas.

Edisi tahun lepas menyaksikan skuad hoki dalam dewan negara menyapu bersih dua pingat emas yang dipertandingkan untuk kategori lelaki dan wanita.

Bagi memastikan skuad negara bersedia, MHC mengambil inisiatif dengan memperkenalkan edisi pertama penganjuran Liga Hoki Dalam Dewan Malaysia yang bakal diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim dari 17 Oktober hingga 20 Disember ini.

Selain itu, Jawatankuasa Hoki Dalam Dewan MHC dan Akademi Hoki Raja Ashman Shah turut merancang untuk mengadakan Bangkel Pengenalan Hoki Dalam Dewan yang dijangka dilaksanakan selama tiga hari di UPSI pada 24 hingga 26 Ogos ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI