fbpx

Lelaki lemas di Pantai Lido ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

Anggota bomba menarik mayat Yen Suan yang ditemui mati lemas di Pantai Lido, Stulang Laut, Johor Bahru, Johor pagi hari ini.
Foto IHSAN BOMBA

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki ditemui mati lemas selepas dipercayai berenang ke laut di Pantai Lido berhampiran restoran makanan segera di Stulang Laut di sini awal pagi hari ini.

Mayat, Ong Yen Suan, 37, ditemui terapung kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd. Suhaimi Abd. Jamal berkata, mangsa dilaporkan hilang pada pukul 5.54 petang semalam.

“Sejurus pihak kita menerima panggilan kecemasan, 22 angggota dikejarkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebelum ditangguhkan pada pukul 10.30 malam tadi.

“Pagi ini kita meneruskan SAR dan menemui mangsa yang memakai baju T merah terapung kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Suhaimi berkata, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, saksi melihat mangsa yang meletakkan kereta dipandunya di kawasan parkir terus berenang sejauh 200 meter ke dalam Pantai Lido sebelum didapati mangsa dikhuatiri lemas.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI