fbpx

KPKT serah kepada undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib (tengah) melihat Pegawai Bomba Wanita, Nur Rusydiana Mohd. Said menebar roti canai pada program Lawatan Kerja Rasmi ke Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, Ipoh, Perak hari ini.

IPOH – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyerahkan kepada undang-undang berkaitan saman sivil yang akan diambil keluarga anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Muhamad Adib Mohd. Kassim terhadap Polis Diraja Malaysia.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib berkata, pihaknya tidak bercadang untuk campur tangan dalam kes berkenaan dan berharap keadilan terhadap Allahyarham dapat ditegakkan.

“Keluarga Allahyarham tidak berjumpa saya sehingga kini, namun apa yang penting kita berharap keadilan terhadapnya dapat ditegakkan, bukan kes ini sahaja malah kes-kes lain juga.

“Tindakan menyaman PDRM itu hak keluarga Allahyarham.  Kita serahkan perkara ini kepada undang-undang,” katanya selepas mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Abdul Wahab Mat Yasin serta Pengarah JBPM Perak, Azmi Osman.

Media sebelum ini melaporkan keluarga Muhammad Adib akan mengambil tindakan saman sivil keatas pihak polis berikutan kematian anggota bomba itu dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov 2018. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI