fbpx

F1: Hamilton takluk GP Hungary

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON muncul juara pada GP Hungary di Litar Hungaroring semalam. - F1 Twitter

JAGUH dunia Formula Satu (F1), Lewis Hamilton muncul juara sekali gus mengungguli carta pelumba musim ini selepas mendominasi perlumbaan Grand Prix (GP) Hungary di Litar Hungaroring semalam.

Pemandu pasukan Mercedes itu berjaya mencatatkan kelebihan masa lapan saat di depan untuk menjulang kemenangan tersebut.

Malah, pada saingan tersebut, Hamilton sempat memasuki hentian pit untuk menukar tayar baharu pada baki tiga pusingan terakhir semata-mata memburu satu mata sebagai pemandu terpantas sepusingan.

“Ini adalah salah satu perlumbaan kegemaraan saya. Saya percayakan diri sendiri tetapi kami berjaya melakukan jurang besar, hentian pit yang baik dan strategi sempurna.
“Dua perlumbaan terakhir adalah satu perkara yang sangat hebat buat saya dan kami perlu meningkatkannya lagi,” kata Hamilton.

KRU pasukan Mercedes meraikan kemenangan sebaik sahaja jentera Hamilton melepasi garisan penamat.

 

Sementara itu, rakan sepasukannya, Valtteri Bottas terpaksa akur di tempat ketiga selepas gagal memintas pelumba Red Bull, Max Verstappen yang menduduki tempat kedua.
Ia telah memberikan kelebihan lima mata kepada Hamilton untuk berada di takhta carta pelumba.

Verstappen yang meraih kedudukan kedua dilihat amat luar biasa selepas pemandu berasal dari Belanda itu terbabas dari litar hingga merosakkan kedua-dua sayap depan dan penyerap hentak jenteranya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI