fbpx

Lelaki maut diserang sakit jantung di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEKERJA pembersihan, Mohammad Huda ditemui maut selepas diserang sakit jantung ketika sedang berehat di SK Sri Siakap, Kuala Kurau pagi tadi.

 

KUALA KURAU – Seorang pekerja pembersihan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Siakap di sini dilaporkan meninggal dunia secara tiba-tiba ketika sedang bertugas pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 9.30 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Huda Ismail, 47, dilihat sedang berehat selepas melakukan tugasannya sebelum pengsan secara tiba-tiba.

Pihak sekolah segera menghubungi ambulans untuk bantuan kecemasan.

Bagaimanapun mangsa disahkan telah meninggal dunia ketika pihak perubatan tiba di lokasi kejadian sebelum jenazah mangsa dibawa ke hospital berhampiran untuk urusan bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian tersebut.

“Hasil bedah siasat yang dilakukan terhadap mangsa di Hospital Parit Buntar mendapati punca kematian adalah disebabkan serangan jantung.

“Tiada unsur jenayah dalam kejadian berkenaan dan polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut,” katanya. K! Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI