fbpx

Bomba selamat wanita terjun jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita yang dipercayai mahu terjun dari Jambatan Tok Pasai, Kuala Kedah berjaya diselamatkan bomba pada petang ini.

ALOR SETAR – Anggota bomba menyelamatkan seorang wanita berusia 29 tahun daripada terjun dari Jambatan Tok Pasai di Kuala Kedah sini pada petang ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Penguasa Kanan Bomba 1 Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 3.40 petang tadi.

“Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati terdapat seorang wanita yang dipercayai mahu terjun dari jambatan tersebut.

“Anggota kemudian bertindak memujuk mangsa selama kira-kira 10 minit dan wanita itu berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, wanita terbabit dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk menerima rawatan lanjut dengan diiringi pihak polis.

“Operasi ini tamat sepenuhnya pada pukul 5 petang ini,” ujarnya.

Abang kepada wanita yang dipercayai mengalami tekanan perasaan itu turut berada di lokasi untuk memujuk mangsa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI