fbpx

Syamel, Ernie nafi kahwin tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ernie dan Syamel. Kredit foto Instagram Erni

KUALA LUMPUR – Dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga tahun hadapan, pasangan duet Syamel dan Ernie sekeras-kerasnya menafikan perkara tersebut.

Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd. Fodzly, 27, berkata, dia dan Ernie hanya berkawan rapat dan tidak mempunyai perancangan langsung untuk berkahwin setakat ini.

“Kalau sudah ada perancangan ke arah itu (berkahwin), saya sendiri akan beritahu kepada kawan-kawan media. Baik saya dan Ernie, kami tidak pernah membuat pengumuman akan berkahwin dalam masa terdekat atau tahun hadapan.

“Barangkali, apa yang Ernie maksudkan dalam temubual baru-baru ini adalah usia semakin mencemburui dan itu membuatkan dia ingin menamatkan zaman bujang andai jodoh sudah sampai.

“Dengan saya atau dengan lelaki lain, itu semua ketentuan Ilahi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Dalam pada itu, Ernie atau nama sebenarnya, turut menafikan yang dia ada mengeluarkan kenyataan akan berkahwin dengan rakan duetnya itu tahun hadapan.

“Kenyataan saya disalaherti dan disalahtafsir. Saya memang ingin berkahwin kerana bagi saya itu impian seorang orang apatah lagi saya akan menginjak usia 29 tahun hadapan.

“Saya juga ada menyebut ciri-ciri calon suami ada pada Syamel. Itu saya akui tapi memberi pengesahan akan berkahwin tahun hadapan dengan dia, itu tidak betul.

“Sebagai seorang wanita, saya sedar tidak manis untuk mengeluarkan kenyataan sebegitu. Apapun, saya mohon maaf andai kenyataan saya berhubung perihal ini disalaherti orang ramai,” kata pelantun lagu Ku Bersuara itu.

Terdahulu, sebuah portal tempatan muncul dengan sekeping artikel yang seperti memberi pengesahan pasangan duet yang cukup dikenali lagu Aku Cinta itu akan bergelar suami isteri pada tahun hadapan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI