fbpx

Bayi perempuan ditemui masih bernyawa dalam tong sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi perempuan yang ditemui di buang ke dalam sebuah tong sampah di Seberang Takir, Kuala Nerus.

KUALA NERUS – Rasa curiga seorang penduduk bertukar kejutan apabila dia menemui seorang bayi perempuan yang masih bernyawa berbalut kain batik di dalam sebuah tong sampah di Seberang Takir, di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam, wanita terbabit menjumpai bayi tersebut yang dipercayai baru dilahirkan kurang dari tempoh 24 jam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu,  Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, pengadu memberitahu dia ternampak kelibat seorang wanita tidak dikenali yang mencurigakan sedang memegang satu beg plastik besar.

Beliau berkata, suspek tersebut dikatakan telah membuang beg plastik berkenaan ke dalam sebuah tong sampah awam sebelum beredar.

“Pengadu yang curiga telah memeriksa beg plastik tersebut sebelum terkejut apabila mendapati bungkusan kain yang berada di dalam beg plastik berkenaan mengandungi seorang bayi perempuan masih hidup.

“Dia kemudiannya telah memaklumkan penemuan bayi itu kepada pihak polis,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, bayi perempuan tersebut kemudiannya telah di hantar ke Klinik Kesihatan Teluk Ketapang di sini untuk pemeriksaan sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Tambahnya, siasatan lanjut termasuk usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI