fbpx

Lans koperal didakwa terima rasuah pekerja asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Rosdi (kiri) didakwa di Mahkmah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan menerima rasuah RM500 sebagai dorong melepaskan seorang pekerja asing tanpa permit kerja sah pada 2017.

KUALA TERENGGANU – Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah melibatkan urusan permit pekerja asing pada tiga tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Rosdi Muhammad, 32, yang bertugas di Balai Polis Kluang Baru, Kluang, Johor membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jamaludin Mat.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd. Rosdi didakwa menerima suapan wang tunai RM500 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya dan seorang pekerja asing yang tidak mempunyai permit kerja sah di sebuah kilang di Johor.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah bank di Jalan Air Jernih di sini pada 26 Januari 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan mengikut mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Mohd. Rosdi tidak diwakili peguam, manakala pendakwaan pula dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaili Sapun.

Jamaludin membenarkan tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan RM3,000 dan seorang penjamin.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 12 Ogos depan di Mahkamah Sesyen Kluang, Johor. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI