fbpx

6 termasuk doktor patologi dihukum gantung sampai mati bunuh Kevin Morais.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Richard Morais (kiri) bersama salah peguam di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Seorang doktor patologi dan lima lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini semalam selepas didapati bersalah membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais lima tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap keenam-enam tertuduh.

Mereka adalah pakar patologi, Kolonel Dr. R. Kunaseegaran, 57, selaku tertuduh pertama; pemberi pinjaman wang, S.Ravichandran, 49, dan empat penganggur, R. Dinishwaran, 28; A.K Thinesh Kumar, 27, M. Vishwanath, 30, dan S. Nimalan, 27.

Semua tertuduh didakwa membunuh Kevin ketika dalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya, di sini ke Nombor 1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya, antara pukul 7 pagi hingga 8 malam, pada 4 September 2015.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin dan Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Sementara tertuduh-tertuduh diwakili peguam-peguam Datuk N.Sivananthan, Jay Moy Wei Jiun, Dhanyaa Shreeya Sukmar, Datuk Sheelan Arjunan dan R.Ryshinah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI