fbpx

Joran tembusi badan remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBATANG joran sepanjang 10 sentimeter tertusuk pada perut seorang remaja lelaki dan menembusi bahagian belakang badannya. – PIHAK BERKUASA MOSCOW

MOSCOW, RUSIA – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun terselamat selepas jatuh daripada basikal dengan badannya tertusuk batang joran sepanjang 10 sentimeter yang menembusi hingga ke belakang mangsa, lapor mirror.co.uk minggu ini.

Semasa kejadian, remaja itu dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menunggang basikal selepas memancing di sebatang sungai di sini minggu ini.

Bagaimanapun, nasib malang menimpa apabila remaja terbabit terjatuh sebelum joran yang dibawa tertusuk abdomennya sehingga menembusi bahagian belakang badan. Remaja itu yang parah dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

Ketua jabatan pembedahan hospital berkenaan, Andrey Zverev berkata, pembedahan sukar dilakukan kerana joran yang menembusi badan menyukarkan mangsa berbaring.
“Pesakit terpaksa duduk ketika pembedahan dilakukan,” kata Zverev.

Menurutnya, doktor tidak dapat menarik keluar joran itu begitu sahaja kerana bimbang berlaku pendarahan yang banyak sekali gus boleh membahayakan nyawa pesakit.

Kata seorang lagi doktor, Yuri Raikhman, remaja itu bernasib baik kerana joran tersebut tidak mengenai organ utama dalam badannya.

“Tusukan itu hanya satu sentimeter daripada urat nadi.

“Kalau terkena, ia akan menyebabkan kecederaan lebih serius,” kata Raikhman.

Remaja yang dirahsiakan identitinya itu selamat menjalani pembedahan dan dibenarkan pulang ke rumah selepas 12 hari dirawat di hospital. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI