fbpx

Wilayah Al Baha di Arab Saudi dilanda salji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian kawasan termasuk wilayah Al Baha diliputi salji pada awal pagi Isnin lalu. - Foto LBCI

RIYADH – Sebahagian kawasan di Arab Saudi termasuk wilayah Al Baha dilanda salji dalam satu kejadian yang unik pada pagi Isnin lalu, lapor portal berita LBCI Lebanon. 

Video di media sosial menunjukkan salji dan hujan batu melanda jalan raya menyebabkan banyak kenderaan yang tersangkut.

Gangguan cuaca luar biasa tersebut menyebabkan keterujaan dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa yang mengambil kesempatan daripada fenomena alam yang jarang berlaku itu.

Dalam pada itu, portal berita The Siasat Daily melaporkan bahawa wilayah Al Baha terkenal dengan kawasan pergunungan megah dan landskap yang indah.

Kru-kru kecemasan dari majlis perbandaran terpaksa mengalihkan batu dan hujan batu dari jalan raya manakala taman-taman bertukar warna menjadi putih.

Ramai pemandu singgah untuk menikmati cuaca yang sejuk dan sederhana itu manakala kanak-kanak dan orang dewasa muda dilihat berseronok di lereng gunung termasuk di tepi jalan raya yang dilitupi salji. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI