fbpx

Selatan Thai alu-alukan pelantikan gabenor wanita Islam pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATEEMOH memiliki pengalaman luas dan pemahaman mendalam tentang konflik di selatan Thailand. – FACEBOOK

BANGKOK – Sebuah wilayah di selatan Thailand mengalu-alukan gabenor islam wanita pertamanya kelmarin, lapor laman berita Thaiger.

Gabenor Pattani yang baharu tersebut, Pateemoh Sadeeyamu, 57, merupakan timbalan gabenor wilayah Narathiwat dan Yala.

Sebilangan orang memuji Pateemoh atas pelantikannya sebagai Gabenor Pattani. Seorang bekas pensyarah di Universiti Putera Songkhla berkata, Pateemoh mempunyai pengalaman luas dan pemahaman mendalam tentang masalah di rantau selatan Thailand.

Selatan Thailand merupakan rantau yang dibelenggu konflik, manakala sebuah pertubuhan  keamanan, We Peace turut meraikan Pateemoh menjadi seorang gabenor. We Peace merupakan gerakan wanita yang berusaha ke arah keamanan di wilayah-wilayah selatan Thailand.

Pateemoh sebelum ini bekerja di beberapa wilayah selatan Thai yang lain termasuk Ranong, Yala, Narathiwat dan Phatthalung sebagai tambahan kepada Pattani. Beliau juga pernah bertugas di Pentadbiran Sempadan Wilayah-Wilayah Selatan sebagai pengarah pejabat pentadbiran pusat.

Lebih 6,500 orang terbunuh hampir 12,000 yang lain cedera antara tahun 2004 hingga 2015 dalam penentangan oleh kumpulan-kumpulan pemisah di Thailand. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI