fbpx

Rekreasi, mandi-manda dilarang di hutan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Sebarang aktiviti rekreasi termasuk mandi-manda dan perkhemahan di kawasan hutan dan Taman Eko Rimba di Selangor dilarang sama sekali buat sementara waktu.

Larangan itu susulan arahan penutupan semua tempat perkelahan dan perkhemahan dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor pada 17 Disember lalu akibat cuaca buruk dan musim tengkujuh.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS), Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, Notis Arahan Penutupan Operasi di semua kawasan hutan rekreasi di bawah pengurusan pihaknya turut dikeluarkan.

Kata beliau, notis sejak Oktober lalu itu masih berkuatkuasa sehingga ke suatu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

“Langkah itu selaras Seksyen 47, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985 (Pindaan 2018) iaitu mengenai larangan individu memasuki hutan simpan kekal tanpa permit sah.

“Jika sabiit kesalahan boleh didenda tidak lebihi RM30,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ahmad Fadzil, orang ramai boleh menghubungi JPNS untuk sebarang urusan dan pertanyaan lanjut mengenai perkara itu. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI