fbpx

Politik adu domba rosakkan fabrik masyarakat berbilang kaum – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bertemu masyarakat India di Program Lestari Niaga@Kuala Lumpur D’Medan Selera Madani hari ini.

PETALING JAYA – Pihak yang menjadikan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi isu politik merosakkan fabrik masyarakat Malaysia berbilang kaum di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, politik adu domba itu tidak menyumbang sebarang manfaat dalam aspek pembangunan negara dan masyarakatnya.

“Saya hadir bagi meluncurkan Program Lestari Niaga@Kuala Lumpur D’Medan Selera Madani di Kompleks Tun Sambanthan (tengah hari tadi).

“Saya ambil kesempatan menerangkan mengapa modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi penting untuk dihayati oleh umat Islam selain tidak memberi sebarang paksaan kepada penganut dan agama lain,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Kerajaan mengambil inisiatif untuk menerbitkan semula himpunan hadis 40 Imam Nawawi untuk diedarkan di seluruh sekolah di negara ini.

Langkah itu merupakan usaha untuk memupuk semangat kasih sayang selain menerapkan kefahaman agama dalam kalangan pelajar Islam.

Anwar sebelum ini menjelaskan, ia hanya disasarkan kepada murid beragama Islam dan tiada paksaan bagi bukan Islam untuk mempelajarinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI