fbpx

Pendidikan antara 14 kluster aktif di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Lapan kluster melibatkan institusi pendidikan antara 14 kluster aktif yang dilaporkan masih berlaku di Pulau Pinang hingga ke hari ini.

Difahamkan, lapan institusi pendidikan itu ialah sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), empat pusat tahfiz, dua institut kemahiran serta sebuah politeknik.

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar serta Kesihatan negeri, Dr. Norlela Ariffin berkata, selain pendidikan, sektor lain yang terlibat ialah tiga berkaitan perkilangan, dua sektor tempat kerja dan satu berkaitan keagamaan.

Pada masa yang sama katanya, berdasarkan laporan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) sehingga kelmarin, sebanyak 209 kes harian baharu dilaporkan berlaku di kelima-lima daerah di negeri ini manakala kes harian aktif pula melibatkan 1,289 kes.

“Untuk tempoh yang sama iaitu sehingga pukul 12 tengah hari kelmarin, sebanyak 242 kes baru telah dilaporkan ke CPRC ( Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan) Jabatan Kesihatan negeri.

“Ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Pulau Pinang sehingga kini telah mencecah 166,849 kes,” katanya di sini, hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI