fbpx

Kota Belud teruk terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Situasi banjir di beberapa lokasi sekitar daerah Kota Belud setakat pagi ini.

KOTA KINABALU – Seramai 88 orang membabitkan 26 keluarga berada di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kota Belud setakat jam 10 pagi ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 22 orang daripada sembilan keluarga setakat jam 5 petang semalam.

“22 mangsa daripada sembilan keluarga kini berada di PPS Dewan Muhibah Kampung Tombol manakala 30 mangsa daripada lapan keluarga pula berada di PPS Dewan SRJK Chung Hwa.

“Selain itu, 36 orang lagi penduduk daripada sembilan keluarga berada di PPS Dewan SK Tamau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri turut menyatakan hujan lebat yang berterusan mengakibatkan air di tiga sungai utama di daerah berkenaan naik mendadak sehingga mengakibatkan banjir di beberapa kawasan.

Menurutnya, sebanyak 40 kampung di Kota Belud dinaiki air setakat ini dan sebanyak 10 jalan turut terjejas namun masih boleh dilalui.

“Antara jalan berkenaan termasuklah Jalan Kampung Bobot, Jalan Siasai Tamu, Jalan Lebak Moyoh Bypass Kudat, Bulatan Lebak Moyoh, Jalan Kudat Kampung Timbang dan Kampung Tambilaung.

“Jalan yang hanya boleh dilalui kenderaan berat iaitu Jalan Kampung Menunggui, Jalan Kampung Linau, Jalan Kampung Kota Belud, Jalan Kampung Sembirai dan Jalan Labuan,” katanya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI