fbpx

Kampus baharu City University di Cyberjaya beroperasi Januari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosnizah menyampaikan cenderamata kepada Curtis Johnson selepas hadir memberi syarahan di City University, Petaling Jaya semalam

PETALING JAYA – City University Malaysia (City University) bakal melebarkan sayap dalam bidang pendidikan tinggi negara dengan pembukaan cawangan baharu di Cyberjaya tahun hadapan.

Timbalan Naib Canselor Kanan (Perkhidmatan Korporat & Kelestarian) & Pendaftar, Dr. Rosnizah Shaari, berkata, kampus baharu itu dijangka beroperasi seawal Januari dengan menempatkan beberapa fakulti baharu selaras dengan usaha untuk menambah bilangan pelajar sedia ada.

Jelasnya, ketika ini, City University mempunyai kira-kira 7,500 orang pelajar termasuk kira-kira 3,000 pelajar antarabangsa.

“Ketika ini kebanyakan pelajar di tempatkan di dua kampus iaitu, Petaling Jaya, Johor Bahru dan satu pusat pembelajaran di Kota Kinabalu. Dengan pertambahan kampus baharu ini beberapa fakulti akan dipindahkan ke Cyberjaya.

“Antaranya termasuklah Fakulti Industri Kreatif, Fakulti Hospitaliti dan Pelancongan, Fakulti Teknologi Maklumat, Fakulti Seni Bina dan Alam Bina dan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu,” katanya ketika ditemui di pada majlis syarahan di City University di sini semalam.

Syarahan tersebut disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Pertukaran Pendidikan Malaysia-Amerika (MACEE), Curtis Johnson.

Mengulas lanjut, Rosnizah memberitahu, City University Malaysia atau City U telah menerima Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA) 2022 sebagai Institusi Pendidikan Tinggi dalam kategori (berdaya saing) daripada Kementerian Pendidikan Tinggi.

“Pengiktirafan yang diterima ini membuktikan City Universiti Malaysia terus mengorak langkah dengan agresif untuk berdiri sama tinggi dengan universiti terbaik negara.

“Kami telah mencapai tahap pengiktirafan tertinggi daripada KPT dan ini penting untuk pelajar antarabangsa. Selepas ini kami akan terus memperbaiki dan mensasarkan ranking mengikut program,”ujarnya.

Untuk rekod, sistem penarafan SETARA digunakan untuk mengukur jaminan kualiti dan standard universiti serta kolej universiti di Malaysia berdasarkan autonomi, kualiti dan prestasi institusi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI