fbpx

Pertandingan amal Trofi Tun Ahmad Sarji capai objektif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAKIL keluarga Tun Ahmad Sarji, Ariff Tuah (kanan) menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada wakil Yayasan Pusat Pengajian Al-Quran di Saujana Golf & Country Club, Shah Alam semalam.

SHAH ALAM – Seramai 99 pemain termasuk 25 daripada Golf Profesional Malaysia (PGM) telah memeriahkan pertandingan amal Trofi Tun Ahmad Sarji Pro-Am 2022 yang diadakan di Saujana Golf & Country Club di sini semalam.

Sebanyak 14 syarikat korporat telah memberi sumbangan dalam bentuk cenderahati dan wang selain dua buah kereta jenis Toyota Corolla Cross Hybrid dan KIA Carnival yang dijadikan hadiah untuk hole in-one dalam pertandingan itu.

PGM dalam satu kenyataan berkata, tujuan utama pertandingan itu diadakan sebagai penghormatan kepada bekas Pengerusi PGM, Allahyarham Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

“Sumbangan RM20,000 yang diperoleh daripada pertandingan ini diberikan kepada dua buah organisasi yang dipilih oleh keluarga Allahyarham iaitu Yayasan Pusat Pengajian Al-Quran dan Tun Ahmad Sarji Research Endowment Fund (TASREF) PICOMS.

“PGM mengucapkan terima kasih kepada organisasi dan kelab golf yang menyumbang kepada pertandingan ini seperti baucer green fees dan hadiah untuk cabutan bertuah,” katanya.

Dalam pertandingan itu, pasukan yang disertai pemain PGM, Low Khai Jei dan tiga wakil media iaitu Ismadi Abdul Manap, Hazreen Mubarak dan Yazid Mahat dinobatkan sebagai juara.

Hadiah disampaikan oleh Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA), Laksamana Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor dan Presiden Saujana Golf & Country Club, Tan Sri Megat Zaharuddin Mohd Nor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI