19/09/2017

Erwan raih emas lompat jauh T38

Erwan raih emas lompat jauh T38


Mohamed Erwan ketika melakukan lompatan untuk memenangi emas acara lompat jauh lelaki T38 hari ini.

KUALA LUMPUR - Pingat emas kesembilan buat kem olahraga negara dalam Sukan Para ASEAN Ke-9 berjaya diraih menerusi Mohamed Erwan Mohd. Hasnoor selepas memenangi saingan akhir acara lompat jauh T38 (cerebral palsy), sebentar tadi.

Mohamad Erwan meraih pingat emas selepas mencatat jarak lompatan sejauh 5.49 meter.