31/08/2017

Isnin, 4 September cuti umum

Isnin, 4 September cuti umum


Perdana Menteri mengisytiharkan 4 September sebagai cuti umum pada Majlis Penutup KL2017 sebentar tadi.

KUALA LUMPUR - Isnin, 4 September diisytiharkan sebagai cuti umum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berita gembira itu diumumkan pada Majlis Penutupan Temasya Sukan Sea Ke-29 dan Majlis Ambang Merdeka yang Ke-60 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Keputusan berkenaan dibuat sebagai meraikan kejayaan negara yang muncul juara keseluruhan temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) dengan merangkul 145 emas, 92 perak dan 86 gangsa. - K! ONLINE