31/08/2017

Malaysia gah tutup KL2017

Malaysia gah tutup KL2017


Majlis Penutupan Temasya Sukan Sea Ke-29 dan Majlis Ambang Merdeka yang Ke-60 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

KUALA LUMPUR - Malaysia menutup tirai temasya Sukan SEA KUala Lumpur (KL2017) dengan gilang-gemilang setelah muncul juara keseluruhan dengan merangkul 145 emas, 92 perak dan 86 gangsa.

Pengisytiharan penutup temasya KL2017 disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najb Tun Razak.

Bagaimanapun, perjuangan atlet negara belum berakhir kerana merka bakal menggalas cabaran lebih besar di Manila, Filipina dua tahun lagi.

Simbolik penyerahan bendera temasya diserahkan oleh Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar kepada Jawatankuasa Olimpik Filipina, Jose Cojuangco Jr sebelum diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Filipina, Alan Peter Cayetano. - K! ONLINE