30/08/2017

Akuatik paling menyerlah di KL2017

Akuatik paling menyerlah di KL2017


Pasukan sukan akuatik menyapu bersih semua pingat emas acara terjun.

KUALA LUMPUR - Sukan akuatik paling menyerlah pada edisi ke-29 Sukan SEA (KL2017) apabila menghadiahkan keseluruhan 20 pingat emas untuk dihadiahkan buat kontinjen negara.

Setiausaha Kehormat Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Mae Chan berkata, beliau berbangga dengan aksi cemerlang atlet negara biarpun sasaran awal diletakkan adalah 17 emas.

"Saya sangat berbangga dengan persembahan mengagumkan mereka semua. Bagi terjun, kita menurunkan penerjun muda seperti Jellson Jabillin dan Gabriel Gillbert Daim yang beraksi cemerlang.