30/08/2017

Luncur ais berjaya kutip emas ke-145

Luncur ais berjaya kutip emas ke-145


Skuad peluncur negara bersama pingat yang dimenangi.

PETALING JAYA: Skuad luncur ais lelaki berjaya mengutip pingat emas selepas memenangi acara luncur berganti-ganti 3,000 meter dengan catatan masa 4:31.438 saat, sebentar tadi.

Pingat emas itu adalah yang ke-145 buat kontinjen negara sepanjang penyertaan dalam temasya Sukan SEA ke-29 (KL2017).