30/08/2017

Skuad angkat berat tutup gelanggang dengan perak

Skuad angkat berat tutup gelanggang dengan perak


Mohamad Fazrul pada aksinya tadi.

KUALA LUMPUR - Skuad angkat berat negara menutup gelanggang temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) hari ini dengan menghadiahkan pingat perak melalui kategori 85 kilogram (kg) oleh Mohamad Fazrul Azrie Mohdad.

Pada penampilan sulungnya dalam Sukan SEA, Mohamad Fazrul Azrie berjaya mengangkat bebanan keseluruhan 323 kg merangkumi 141 kg disiplin 'snatch' dan 182 kg disiplin 'clean (amp) jerk'.

Pencapaian beliau dalam disiplin 'clean & jerk' juga berjaya memadam rekod kebangsaan yang diciptanya sendiri iaitu 181 kg di Sukan Perpaduan Islam di Baku, Azerbaijan pada Mei lepas.

Namun Mohamad Fazrul Azrie terkilan kerana gagal melakukan angkatan yang lebih baik pada disiplin 'snatch' berikutan kecederaan di lutut dan bahu.

"Ketika 'clean & jerk' saya nekad untuk memecahkan rekod kebangsaan yang saya pegang sendiri walau apa jua keadaan saya," katanya kepada pemberita pada acara terakhir KL2017 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MiTEC), hari ini. - Bernama