28/08/2017

Cheow Lin, Illham berpuas hati rangkul pingat perak dan gangsa

Cheow Lin, Illham berpuas hati rangkul pingat perak dan gangsa

Oleh ZAID MOHD. NOOR


Dua pelayar negara bersama pingat yang dimenangi.

LANGKAWI - Dua pelayar negara, Geh Cheow Lin dan Illham Wahab masing-masing berpuas hati merangkul pingat perak serta gangsa bagi kategori Windsurfing RS One Wanita dan Lelaki pada perlumbaan penentuan pingat Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Kompleks Sukan Perayu Layar Kebangsaan di sini hari ini.

Cheow Lin, 22, meraih pingat perak selepas berjaya mengumpul 26 mata penalti daripada 10 perlumbaan dalam kategori Windsurfing RS One Wanita.

Pemenang pingat emas dalam kategori itu ialah pelayar dari Thailand, Siripon Kaewduang Ngam selepas berjaya mengumpul 19 mata penalti.

Sementara itu, pelayar dari Singapura, Lim Si Ning Nicole memenangi pingat gangsa dengan kutipan 37 mata penalti.

Dalam pada itu, Illham, 18, pula merangkul pingat gangsa dalam kategori Windsurfing RS One Lelaki selepas mencatat 38 mata penalti dalam 10 perlumbaan tersebut.

Pelayar dari Thailand, Natthaphong Phonoppharat muncul sebagai pemenang pingat emas dengan memperoleh 23 nata penalti

Pingat perak kategori tersebut pula dirangkul pelayar Filipina, Geylord Covetta selepas mengumpul 25 mata penalti.

Setakat ini, skuad pelayaran negara mengumpul tiga emas, tiga perak dan dua gangsa. - K! ONLINE